Assalamualaikum….
... Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak
tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini…
tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada
ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat
meredakan rasa berdosa…saya selama ini…
ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya
mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak
kenal sa...ya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang
mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup
menyedihkan…harap ustaz tidak bosan
mendengarnya….Saya merupakan seorang
suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan
setia….namun ustaz ..saya tidak pernah
menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan
kepada saya….kerana pada waktu itu …mata
hati saya terlalu buta untuk membezakan yang
mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang
wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia
seorang yang sederhana pada segi paras
rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …
tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung
labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya….
Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini..
segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam
keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya
sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih
cantik daripada isteri saya dan kami amat
menyintai antara satu sama lain….cumanya saya
akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit
dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas
berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya
menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah
kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya
kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih
saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu
sahaja mencari jalan untuk menyakitkan
hatinya…dengan harapan kami akan bercerai
setelah dia tak tahan dengan kerenah
saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini
adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak
balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan
membenci saya…tetapi selama mana lambat
sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan
bila saya masuk ke dalam rumah…dia
menyambutnya dengan mesra dan bertanya:
“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk
dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar
mukanya….apabila dia bertanya pada
saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah
solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya
berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan
rasa terhina….bercampur ego yg menggila…
Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……
saya ingatkan mungkin dia akan membenci
saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan
melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja
dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng
yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya
sedang berbual mesra dengan kekasih saya di
dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan
nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …
sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng
yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan
air mata….dia mengutip setiap butiran nasi
goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya
habiskan masa berhibur dan berlibur dengan
kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya
akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya
rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah
juga saya menendang badannya kerana dia
menasihati saya supaya tidak mencari hiburan
dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya
datang bertanyakan khabar dia kata dia amat
bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya
saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan
oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…
apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang
paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak
berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya
terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri
saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak
kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan
tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun
geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok
badan saya dan memakaikan pakaian utk
saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki
yang bengkak di tengah malam…berdenyut-
denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam
keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana
tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan
menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat
penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan
tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga
ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya
makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan
setelah saya kenyang….dia akan membuatkan
makanan dan minuman mengikut kehendak dan
selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya
terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-
teman yang setia berjoli dengan saya dahulu…
datang menghulurkan bantuan apatah lagi
melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat
tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…
dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah
meminta hubungan kami diputuskan..kononnya
saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata
saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut
dan memberikan harapan pada saya untuk
membenci isteri saya... ketika itu barulah saya
sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang
telah saya lakukan...Ustaz…..saya …
kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg
menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat
menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi
sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya
jatuh sakit…..badannya menjadi kurus
kering….tiada selera makan…terbaring..tak
bermaya…..kata doktor yang
merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana
terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi
sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin
teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap
senyum….saya menangis sepuas-puasnya
memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg
pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya
tenang dan menjawab dia telah lama maafkan
saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…
saya sayangkan abang”……berderai airmata
saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak
yang amat sangat…diikuti dengan perasaan
menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke
dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap
hari….saya belai rambutnya saya kucup
dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—
henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan
salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai
mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-
olah hati saya disambar halilintar…saya
menangis lagi….sehingga keluarga yang datang
melawat terpaksa menenangkan saya…..malah
ada yang memuji saya ….kerana beranggapan
saya suami yang amat menyayangi
isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan
utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta
maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk
saya..kerana masanya utk menghadap ilahi
semakin hampir….saya meraung….merayu
kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi
katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan
dia meminta saya menjaga diri baik-
baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga
saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya
menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata
kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu
berada di hospital…isteri saya telah pergi
meninggalkan saya selama-lamanya….dengan
bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah
hati ini…saya meraung semahu-
mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah
saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah
akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah
kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk
saya kepada isteri ….akan diampunkan
Allah….tolonglah ustaz saya amat
menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini
hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir
isteri saya..”abang…jagalah diri baik-
baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat
baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu
dengan insan bernama isteri….jangan berkasar
dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas
terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan
sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu
itu adalah harapan yang dia impikan dari saya
tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang
yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan
dari saya….Di dalam nota itu dia menulis
“Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya
selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang
pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak
makan bersama abang…..mendengar cerita
abang….menyambut abang pulang dari
kerja….bergurau dan bermanja dengan
abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi
semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga
diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya
meluahkan perasaan begini panjang pada
ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya
saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada
ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan
abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini
dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar
suami….sayangilah isteri anda….selama mana
anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah
terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…
pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba
Allah ini….memang saya banyak beri ceramah
motivasi dan mendengar banyak masalah
masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang
paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula
lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar
bertambah sebak…..dengarkanlah
senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu
dibawah copyright....tajuknya now and forever...
Ya Allah...sama2 muhasabah diri~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar